Khamis, 25 Oktober 2012

Si Adik Dan Si Abang

Malam yang gelap. Yang menerangi hanya lampu yang tersusun di tepi jalan

Si abang duduk di tepi simpang jalan. Beralaskan konkrit yang menjadi perbatasan parit. Si adik pula masih menenggek di atas motosikal dengan sebotol Coca-Cola di tangan

Kononnya baru balik dari kelas tuisyen. Si abang ingin melepas lelah sebelum pulang ke rumah.

Dalam rancak berbual. Si abang mengeluarkan sekotak rokok jenama L&M. Si adik hanya melihat.

Si abang mula berkata. "Jangan bagitau ibu."

" Tak ah. Menyusahkan je bagitau ibu." Jawab si adik.

Si abang mula membakar sebatang. Disedut asap toksik ke dalam paru-paru. Perasan yang si adik hanya melihat.

"Nah" Si abang menghulur sebatang ke arah si adik.

Si adik menolak. Si abang mula menegang.

"Alah, amik jelah. Kata ibu takkan tau." Si abang menyindir.

Adik hanya tersenyum. Coca-cola diteguk sedikit. Kemudian menjawab.

" Ibu memang taktau." Diam sebentar si adik. Mencari keberanian menyebut ayat seterusnya.



"...Tapi Allah tau."

Punggung si abang terasa panas.






“Knowest Thou not that Allah knows all that is In heaven and on earth? indeed it is all In a Record, and that is easy for Allah”. (Qur'an Surah Al-Hajj, verse 70)


Maaf kalau agak bosan. Baru nak mula menulis balik.
-haziq-


Rabu, 22 Ogos 2012

Happy Ending For A Hero

A normal evening for me, strolling around town after Asr prayer. A stroll to remember how the town used to be before this town may get destroyed from all the bombing and shooting. Those invading kafir soldiers know no respect of our lands. They destroy everything that stood in their path. O Allah, I wish the victory You promised come soon. Or I may lose my beloved homeland. We all will.

Us, the civilians were spared from the slaughter just because we are too weak to fight back. Try anything brave, we'll get a bullet in our skull. Public execution. Besides,what could a bunch of women,kids and elders do?

After walking for a awhile, I decided to head home. But something made me pause. The sight of a kid being beaten up by those soldiers. That kid, I believed his name was Anwar. It was a sad sight. Nobody dared to help.

Or so I thought.

I was astonished to see a brave little boy. Running towards the scene. Boldly, he shoved aside the soldiers beating Anwar. As the boy tried to get Anwar to stand up. Anwar yelled.

"Stay away Najib! You'll get killed!"
But the boy,Najib stubbornly trying to help Anwar to stand. From nowhere a kick landed on Najib's back. The soldiers are starting to recover their cruelty. And the kicking continues, joined by his buddies.

A soldier bellowed,
"You wanna be a hero, eh boy!? Huh? Expecting a happy ending here? Heheh" 
After the kicking ceases, Najib stood back up. Bruised and bleeding.
"Oh I am expecting a happy ending, just not exactly here." He replied.
The soldiers laughed. "Oh really..when? When you're dead?" Added by a burst of laughter.
Najib continues his words.Confidence in his eyes.
"Whenever Allah decides to repay me for my deeds. And you for your sins."
I stood there.Watching the whole event. That boy is going to get himself killed. But his bravery, made me ponder.

His life was short.But it was more meaningful than my own.

Oh God, Forgive me for being a coward.

Khamis, 16 Ogos 2012

Dalam Memberi Teguran.Mengharap Perubahan


kita yang berusaha cuba untuk membentuk tetapi tangan Tuhan lah yang dapat menyentuh hatinya . Semoga kita tabah dan ingat yang kita cuma manusia .

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? 

surah ad-Dhuha : 7

Isnin, 30 Julai 2012

“Not the eyes, But the hearts”

Since I was kid,  selalu dengar  “Dunia ni tak penting”.  
That's what people keep telling me. And sometimes, itulah yang aku faham tentang hidup. Nak jadi orang beriman kena macam tu. Mana boleh kejar duit, harta, and benda yang melalaikan.

Then came my hero; 'abah'. He told me something,

Son; remember this, dunia sangat penting.

 Kenapa Allah jadikan dunia?  Untuk uji hamba dia.Ingin disaksikan siapa yang berusaha,siapa yang malas.
Letaklah Allah yang tertinggi dalam apa-apa pun perkara.Do your best dalam dunia ni. Cari lah duit,a lot of duit, hiduplah dengan tenang.Tapi lakukan lah itu untuk Allah. Islam bukan miskin.

“Apabila ade duit banyak, binalah masjid untuk saudara2 kita, letaklah everything yang membawa keselesaan kepada jemaah, air cond whatever. Do it son.”

“When you have a big car, bawa pergi masjid setiap waktu. Show to them, siapa yang memberi rezeki.
Gunakanlah di jalan dakwah.”

“Islam bukan hanya pada masjid, tapi pada every single thing in your life, tidur? Makan? Jalan?.
Remember Islam is not a part of life, but ISLAM IS THE WAY OF LIFE

“So jangan pergi masjid je baru nak semangat, pelajaran? Everything, do it for Allah.Be professional son.”



And that's how I understand,  keep positive in your mind, especially to saudara-saudara kita. Jangan dihina kebaikan atau kejahatan mereka. But keep telling them untuk terus buat baik. Peace.

 "It is not the eyes that are blind, but the hearts"
  22:46

Isnin, 4 Jun 2012

“No man is hindered by another; he is only hindered by himself. No man suffers because of another; he suffers only because of himself.” 

"a person is limited only by the thought that he chooses, as he think so he is, as he continues to think so he remain"


The dreamers are the saviors of the world.
-James Allen-






“It doesn’t matter where you are, you are nowhere compared to where you can go.” 


“A year from now you will wish you had started today.”


“Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.”


INSYAALLAH. ;)

Ahad, 15 Januari 2012

Kalam Murabbi

"Usia Umpama Harta"

Bukan banyaknya yang menjadi perhitungan
tetapi keberkatannya,,
Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi,
banyaknya boleh diagih-agihkan.
Begitulah usia yang berkat,
pendeknya bermanfaat,
panjangnya melimpahkan kebaktian.."

Wahai hamba,
manfaatkanlah usiamu di dunia ini,,
Selagi mana boleh berjuang, teruskanlah..
Teruskan perjuangan junjungan besar Nabi S.A.W,
Sebagai khalifahNya di muka bumi...


















Ya Allah yang maha membolak balikkan hati ini, kekalkanlah hambamu ini dijalan yang lurus.
Semoga hari lalu mengajar aku mengenali hari esok, sehingga tiada lagi esok untuk aku.
Di saat itu aku pinta belas kasihan dariMu ya Allah.
Tempat kembalinya aku. Satu kepastian yang sering aku terlupa.





Jumaat, 30 September 2011

Keperluan Umat Islam Mengambil Berat Tentang Kesahihan hadis

Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin-Nya kita masih bersama-sama mampu menikmati apa yang Allah sudah memberi yang terbaik untuk kita,

enough with the intro. apa yang penulis mahu sampaikan kali ini adalah tentang perlunya umat Islam mengambil berat tentang kesahihan sumber-sumber hadis yang menjadi salah satu sumber rujukan kita selepas Al-Quran.

KENAPA ILMU INI PERLU DIPELAJARI


Pada penulis ini adalah sesuatu yang perlu dipelajari; ledakan teknologi yang semakin maju menyebabkan kadang-kala mungkin ada seseorang yang menerima sesuatu hadis itu, kemudian secara sengaja atau tidak hadis itu telah pun tersebar, tanpa mengetahui kesahihan sesuatu hadis itu.

Entah berapa kali penulis tengok hadis-hadis yang di-postkan ke laman web Facebook, entah juga berapa kali  penulis memerhati tiada sumber rujukan dari hadis yang di-postkan itu. Bila dikomen, katanya"aku copy paste je, benda baik kenalah sebarkan..".Memanglah hadis-hadis yang baik perlu disebarkan, tetapi ada sesetengah hadis-hadis baik itu mungkin juga tidak benar/palsu.

sukanya penulis nak mengambil beberapa contoh berkaitan hadis palsu:

1."Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya"(Albani , tidak sah dari Muhammad S.A.W)

2.Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri(Ibnu al-Jauzi di al- Maudhu'at, al-Sayuthi di al-la'li di al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al- Maudhu'at)

Rasanya tidak perlu penulis nak tekankan definisi-definisi hadis , tetapi lebih kepada komponen-komponen dan pengkelasan hadis..




1.KOMPONEN-KOMPONEN HADIS



komponen-komponen hadis dibahagikan kepada 3 iaitu, rantaian sanad(isnad), kandungan hadis(matan) , dan taraf; iaitu segala percakapan, perbuatan dan diam yang disandarkan kepada baginda Rasulullah S.A.W.

PENGKELASAN HADIS


1. Rujukan pada Tingkatan tertentu

jenis-jenis hadis ini boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:

1-Qudsi - Wahyu yang diturunkan oleh Allah, disampaikan oleh Rasulullah S.A.W
2-Marfu'- Diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W ;(contoh:aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda..)
3-Mauquf- diriwayatkan dari sahabat-sahabat sahaja(contoh:kami disuruh..)
4.Maqtu-  diriwayatkan dari tabi'in sahaja.



InsyaAllah dengan ini penulis berharap sebarang hadis yang disebarkan haruslah di semak dahulu.

Gejala copy-paste di Internet sekarang semakin menjadi-jadi dengan penyebaran maklumat palsu berkenaan agama kita.Penulis berharap umat Islam kini mengikuti Islam yang sebenar.

Islam menggalakkan kita berfikir.Berkali-kali di dalam Al-Quran mempersoalkan mengapa kita tidak berfikir.

Hentikan mengikut secara taqlid.Membabi-buta.

"And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned."
[Surah Al-Israk:63
]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka [ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109

Maka janganlah kita mengupas hadis sesuka-hati kita..

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...