Khamis, 16 Disember 2010

Oh...RM 50....


Selepas anda bersolat dimasjid
niat dihati ingin menderma di tabung
dengan ikhlasnya anda mengeluarkan wallet dari poket seluar
dengan perlahan2 anda memeriksa wang kertas
setelah dibelek2 berulang kali untuk kepastian nyata
anda dapati tiada note kecik
yang ada hanya note RM50
apakah tindakan anda..??
teruskan hajat untuk menderma
atau
membatalkan niat anda

kadang2 kita terlepas pandang dengan ujian ini
sama ada hati ini benar2 ikhlas ataupun ikhlas 5saat sahaja
kita sanggup berbelanja besar di pusat2 membeli belah
menderma wang ke pusat2 boling dan juga hiburan
tapi amat berkira untuk menderma ditabung2 masjid
sesuatu yang sukar

jika kita sentiasa menghadapinya
pasti akan menjadi mudah
suatu kebiasaan lama2 akan menjadi tabiat
muhasabah diri ini untuk melakukan sesuatu kepada kebiasaan
sekaligus menjadi tabiat yang positif
masih belum terlewat...

Di atas merupakan coretan seorang blogger yang saya follow.

Sebenarnya sedekah bukan dari segi wang ringgit sahaja..
Ada lagi banyak cara untuk kita bersedekah...
Sama seperti yang kita semua tahu...
  • Senyuman itu juga sedekah
Oleh itu,senyum lah selalu :)
  • Amar makruf nahi mungkar 
Ada sabda Rasulullah(tak ingat riwayatnya)

Sebaik-baik sedekah itu ialah menyerahkan seluruh jiwa dan harta ke arah Islam,dan sekurang-kurangnya ialah mengalihkan halangan di jalanan
  • Meluangkan masa bersama keluarga juga dikira sebagai sedekah!
Lagi Sabda Rasullulah:

Abu Mas'ud reported Allah's Messenger (peace be upon him) as saying: When a Muslim spends on his family seeking reward for it from Allah, it counts for him as sadaqa. (Muslim Book 5, Number 2192)


Bawah ni ada video sikit pasal sedekah....

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...