Selasa, 1 Februari 2011

Ayuh! Kita Hentikan Kemunduran Ummah

Assalamualaikum.....

Saudara-saudari Muslim yang membaca sekalian

Saya mulakan post saya dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ni saya baca Kitab Fadhilat Amal yang terletak di surau...
Bab Mengubati Kemunduran Ummah....

Cara nya amat mudah tetapi amat berat untuk dilakukan oleh kita semua pada masa kini
Amar-fil-makruf
Nahi-anil-mungkar

Kita laksanakan dan galakkan perkara yang baik di sisi Islam
Kita elakkan dan mencegah perkara yang salah di sisi Islam

Mudah bukan?
Jadi mengapa berat sangat nak dilakukan?

Takut di cop poyo?
Dijauhi rakan2?

Ingat la apa yang Rasulullah dan para sahabat lalui...
Apa yang ditimpakan ke atas Bilal bin Rabbah dan Keluarga Yasir
Kesyahidan Sumaiyah dan Saidina Hamzah....

Pada pendapat saya...
Usaha ini tidak berkesan kerana mindset anak muda kita(lebih tepat orang Melayu)
yang mengelak dari isu2 ini kerana mereka fikir ini soal akhirat
 
Lalu mereka mengasingkan Islam di surau2 dan sekolah agama
Ini lah apa yang majoriti umat Islam kita lakukan sekarang

Jadi....apabila dah majoriti masyarakat mempunyai pemikiran seperti ini .....
Sebarang usaha secara individu akan menemui jalan buntu!
Cuba bayang kan seorang penghuni yang mengejut satu asrama yang penuh dengan budak yang memang liat nak subuh...
 
Kemudian cuba bayangkan pula asrama sebelah yang semua penghuninya bangun lalu mereka semua bergerak mengejut asrama sebelah yang memang liat nak subuh.
 
Yang mana lebih berkesan?
penghuni yang seorang atau sekelompok penghuni yang bersatu?
usaha secara individual atau secara jemaah untuk menegakkan syariat Islam?

Lalu...dengan izin Allah saya terserempak dengan ayat ini:
 ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويامرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون

3:104 (Ali 'Imran :104)
  Let there arise out of you a group of people inviting to all that is good (Islam), enjoining Al-Ma'ruf  and forbidding Al-Munkar. And it is they who are the successful.

3:104 (Ali 'Imran :104)

Biarlah ada satu golongan di antara kita semua yang mengajak kearah kebajikan,menegakkan amar-fil-makruf nahi-anil-mungkar.Dan mereka inilah orang yang berjaya

Jadi saya terpanggil nak memenuhi perintah Allah yang satu ini

Saya tak reti nak buat komuniti atau forum.

Yang saya tahu hanyalah menulis dan menaip...

Jadi saya disini cuma memohon saudara-saudari yang membaca...

Cubalah nasihat-menasihati
Seperti yang kita tahu:-
-Gunakan tangan....maksudnya kuasa yang kita ada...cubalah guna kuasa yang kita ada
-Kalau kita tak mampu...cegah lah guna mulut...Allah telah mengurniakan kita kefasihan berbicara....
gunakan sebaik2 nya : )
-Kalau kita takut sangat....cegahlah guna hati...doakan dia dapat hidayah...jauhkan perkara tu daripada kita....TAPI INGAT!!!
itu lah selemah-lemah iman...

Bayangkan jika rumah kita selemah-lemah rumah...betapa mudahnya ia nak runtuh.
Begitu juga dengan iman kita.

Dan apabila ada orang yang berusaha menegakkan amar-fil-makruf nahi-anil-mungkar
Berikan dia sokongan....
Berikan dia galakan 
Bila dia berkata apa yang benar...benarkanlah perkataan dia
Ibarat Abu Bakar As-Siddiq yang membenarkan setiap perkataan
Muhammad Al-Amin saat orang lain mempermainkan perkataan Baginda

Ayuh kita bersama-sama menegakkan Islam sebagai agama para khalifah di muka bumi ini!

Insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...