Isnin, 14 Mac 2011

Musibah yang Melanda Kita Di Abad Ini

Kira-kira 1400 tahun dahulu....

Di tengah-tengah kejahilan manusia...
Telah muncul satu sinar dari sebuah kota yang terletak di tengah padang pasir yang tandus
Seorang lelaki muncul membawa risalah dari Tuhan..
Dialah Muhammad bin Abdullah

Walaupun ditentang kaumnya sendiri...
Baginda tetap teguh...
Dengan sokongan keluarga dan para sahabat...
Dan bukti Kekuasaan-Nya


La ila ha ilallah Muhammadur Rasulullah
Kalimah ini telah menyinari seluruh alam
Maka lahirlah tamadun Islam

Manusia mula bangkit dari kebodohan
Mereka mula sedar akan hikmah penciptaan mereka
Maka wujudlah tamadun gemilang yang kita lihat hari ini

Namun...
Kegemilangan itu kini bukan lagi milik ummat Islam
Malah jatuh ke tangan kaum kafir yang hidup berlandaskan nafsu dan nikmat duniawi

Islam kini dilihat sebagai agama yang menganjurkan keganasan
Islam kini mempunyai umat yang berpecah-belah dan saling mencaci

Islam kini hanya tinggal pada nama
Islam kini tinggal pada lembaran sejarah

Ayuh generasiku!

Mari kita selak semula halaman-halaman Kitabullah
Dan dalamilah maknanya

Mari kita hayati Sunnah Rasul kita
dan ikuti tauladan terbaik yang diutuskan Allah

Mari kita bangkitkan semula kegemilangan Islam!

Insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...