Jumaat, 30 September 2011

Keperluan Umat Islam Mengambil Berat Tentang Kesahihan hadis

Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin-Nya kita masih bersama-sama mampu menikmati apa yang Allah sudah memberi yang terbaik untuk kita,

enough with the intro. apa yang penulis mahu sampaikan kali ini adalah tentang perlunya umat Islam mengambil berat tentang kesahihan sumber-sumber hadis yang menjadi salah satu sumber rujukan kita selepas Al-Quran.

KENAPA ILMU INI PERLU DIPELAJARI


Pada penulis ini adalah sesuatu yang perlu dipelajari; ledakan teknologi yang semakin maju menyebabkan kadang-kala mungkin ada seseorang yang menerima sesuatu hadis itu, kemudian secara sengaja atau tidak hadis itu telah pun tersebar, tanpa mengetahui kesahihan sesuatu hadis itu.

Entah berapa kali penulis tengok hadis-hadis yang di-postkan ke laman web Facebook, entah juga berapa kali  penulis memerhati tiada sumber rujukan dari hadis yang di-postkan itu. Bila dikomen, katanya"aku copy paste je, benda baik kenalah sebarkan..".Memanglah hadis-hadis yang baik perlu disebarkan, tetapi ada sesetengah hadis-hadis baik itu mungkin juga tidak benar/palsu.

sukanya penulis nak mengambil beberapa contoh berkaitan hadis palsu:

1."Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya"(Albani , tidak sah dari Muhammad S.A.W)

2.Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri(Ibnu al-Jauzi di al- Maudhu'at, al-Sayuthi di al-la'li di al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al- Maudhu'at)

Rasanya tidak perlu penulis nak tekankan definisi-definisi hadis , tetapi lebih kepada komponen-komponen dan pengkelasan hadis..




1.KOMPONEN-KOMPONEN HADIS



komponen-komponen hadis dibahagikan kepada 3 iaitu, rantaian sanad(isnad), kandungan hadis(matan) , dan taraf; iaitu segala percakapan, perbuatan dan diam yang disandarkan kepada baginda Rasulullah S.A.W.

PENGKELASAN HADIS


1. Rujukan pada Tingkatan tertentu

jenis-jenis hadis ini boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:

1-Qudsi - Wahyu yang diturunkan oleh Allah, disampaikan oleh Rasulullah S.A.W
2-Marfu'- Diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W ;(contoh:aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda..)
3-Mauquf- diriwayatkan dari sahabat-sahabat sahaja(contoh:kami disuruh..)
4.Maqtu-  diriwayatkan dari tabi'in sahaja.



InsyaAllah dengan ini penulis berharap sebarang hadis yang disebarkan haruslah di semak dahulu.

Gejala copy-paste di Internet sekarang semakin menjadi-jadi dengan penyebaran maklumat palsu berkenaan agama kita.Penulis berharap umat Islam kini mengikuti Islam yang sebenar.

Islam menggalakkan kita berfikir.Berkali-kali di dalam Al-Quran mempersoalkan mengapa kita tidak berfikir.

Hentikan mengikut secara taqlid.Membabi-buta.

"And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned."
[Surah Al-Israk:63
]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka [ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109

Maka janganlah kita mengupas hadis sesuka-hati kita..

Assalamualaikum.

1 ulasan:

  1. Syukran atas info yg bermanfaat ni. Sememangnya ana sedang mencari sesuatu berkaitan hadis. Baru belajar. Jazakallahu khairan kathira. Teruskan usaha demi ISLAM.. Atas nama Allah. Syukran.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...