Khamis, 25 Oktober 2012

Si Adik Dan Si Abang

Malam yang gelap. Yang menerangi hanya lampu yang tersusun di tepi jalan

Si abang duduk di tepi simpang jalan. Beralaskan konkrit yang menjadi perbatasan parit. Si adik pula masih menenggek di atas motosikal dengan sebotol Coca-Cola di tangan

Kononnya baru balik dari kelas tuisyen. Si abang ingin melepas lelah sebelum pulang ke rumah.

Dalam rancak berbual. Si abang mengeluarkan sekotak rokok jenama L&M. Si adik hanya melihat.

Si abang mula berkata. "Jangan bagitau ibu."

" Tak ah. Menyusahkan je bagitau ibu." Jawab si adik.

Si abang mula membakar sebatang. Disedut asap toksik ke dalam paru-paru. Perasan yang si adik hanya melihat.

"Nah" Si abang menghulur sebatang ke arah si adik.

Si adik menolak. Si abang mula menegang.

"Alah, amik jelah. Kata ibu takkan tau." Si abang menyindir.

Adik hanya tersenyum. Coca-cola diteguk sedikit. Kemudian menjawab.

" Ibu memang taktau." Diam sebentar si adik. Mencari keberanian menyebut ayat seterusnya.



"...Tapi Allah tau."

Punggung si abang terasa panas.






“Knowest Thou not that Allah knows all that is In heaven and on earth? indeed it is all In a Record, and that is easy for Allah”. (Qur'an Surah Al-Hajj, verse 70)


Maaf kalau agak bosan. Baru nak mula menulis balik.
-haziq-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...